Open top menu
Thursday 12 December 2013

ZERO TO HERO – Suhaimi Abas

            "Kejayaan aku bukan berapa banyak duit yang aku ada, tapi BERAPA RAMAI USAHAWAN AKU LAHIRKAN"



Biodata Pengasas

Nama : SUHAIMI ABAS
Umur : 40 tahun
Tempat Lahir : Pantai Remis, Manjung, Perak
Adik Beradik : 10 orang (Anak Pertama)
Kelulusan : SPM
Pengalaman : Bekerja 3 tahun
                    Berniaga 20 tahun
Jawatan : Group CEO Kumpulan Syarikat OTAi


Suhaimi Abas seorang usahawan muda yang amat terkenal di Malaysia. Pengasa Otai Burger ini dilahirkan pada 18 September 1973 di Pantai Remis Perak. Ketika berusia 17 tahun selepas menduduki SPM, beliau berhijrah ke Chow Kit Kuala Lumpur untuk membantu bapa saudaranya berniaga. Tiga tahun kemudian, Suahami Abas mula berjinak-jinak untuk membuka perniagaan sendiri bersama rakannya, namun dua tahun selepas perniagaannya dijalankan, perniagaan tersebut mengalami kegagalan. Perniagaan ini cuma mampu bertahan tiga tahun sebelum mereka pecah kongsi. Ia gagal disebabkan ketiadaan perjanjian, sistem dan kemahiran berniaga.

Tidak putus asa, Suhaimi kemudian membuka perniagaan menjual mainan kanak-kanak, juga diusahakan dengan rakan kongsi, tetapi turut menghadapi masalah sama menyebabkan ia ditutup.
Setahun selepas kegagalan tersebut, Suhami Abas bangkit dengan mencuba perniagaan barunya dengan menjual daging burger. Pada usia 20 tahun, berbekalkan modal RM100, beliau membeli bahan mentah. Wang hasil keuntungan jualan beliau gunakan semua sebagai pusingan modal. Suhaimi juga bernasib baik kerana tempat beliau mengambil bekalan burger cuma 150 meter dari gerai tempatnya berniaga. Hal ini, dilihat sebagai satu kemudahan dan penjimatan kepada beliau untuk memulakan berniagaannya. Selain itu, tempat penjualan burger itu sangat strategik.

2.      Keratan Akhbar Mengenai Suhaimi Abas

Untuk memulakan perniagaan burger, Suhaimi melakukan sendiri kerja kimpalan logam bagi mendirikan gerai. Kemahiran kerja kimpalan diperoleh daripada bapa saudaranya yang melakukan pelbagai pekerjaan kerana selain berniaga kacang rebus di Chow Kit, dia turut berniaga pasar malam, berniaga kain dan mengambil tempahan membina gerai.

Beliau yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Otai Francise Sdn Bhd berkata, ketika perniagaan mulai rancak, seorang rakan menawarkan menjual tapak gerai burger RM4,000. Suhaimi meminjam daripada bapanya untuk membeli tapak gerai burger ini, tetapi tiba-tiba rakan itu tidak jadi menjualnya.

Wang yang ada digunakan untuk membuka cawangan kedua di Taman Sri Gombak, Batu Caves. Gerai berkenaan mendapat sambutan menggalakkan dan pendapatannya di situ purata RM17,000 hingga RM18,000 sebulan.

Bagaimanapun, perniagaan di situ kini kurang mendapat sambutan berikutan pemindahan tapak tidak jauh dari situ. Walaupun jarak dipindahkan tidak begitu jauh, tindakan itu ternyata memberi kesan besar kepada perniagaan.

Apapun, kumpulan syarikat Otai kini mempunyai 17 gerai sendiri yang diuruskan di bawah Otai Utama Sdn Bhd manakala Otai Francise Sdn Bhd menguruskan francais perniagaan burger yang mempunyai kira-kira 150 cawangan.

“Apa yang diterapkan kepada usahawan ialah model daripada Otai Utama. Francais boleh mencecah sehingga 10 cawangan dalam tempoh dua tahun,” katanya.

Suhaimi berkata, perniagaan francais burger ini mempunyai sistem dan melalui pembelajaran dan praktikal, francaisi tidak menempuh jalan susah untuk membangunkan perniagaan ini.

“Hasrat saya ialah membudayakan ilmu perniagaan bertaraf francais kepada francaisi supaya mereka boleh menguasai sistem itu dalam tempoh empat atau lima tahun akan datang. Sasaran saya ialah pada 2010, Otai mempunyai rangkaian restoran Otai,” katanya.

Menurutnya, beliau menghadapi lima hingga enam kali jatuh dan bangun dalam perniagaan sepanjang 15 tahun membangunkan perniagaan.

Beliau dianggap melakukan perkara di luar kemampuannya apabila menggajikan tiga pekerja mempunyai kelulusan ijazah dan diploma ketika cuma mempunyai empat gerai burger, sedangkan gaji mereka, termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), mencecah RM7,000 sebulan.

“Saya dikatakan gila dan bodoh apabila bayaran kepada pembekal ‘sangkut' kerana dengan hanya berkelulusan SPM, saya berani menggajikan pekerja yang ada kelulusan lebih tinggi daripada saya.

“Lima belas tahun dulu, berniaga gerai burger dipandang rendah oleh orang Melayu, malah ada yang melabel sebagai tempat menjual dadah dan ganja, tempat lepak anak muda serta bohsia dan bohjan. Waktu itu, orang berniaga burger sebagai kerja sampingan saja,” katanya.

Cemuhan orang sekeliling terhadapnya tidak sedikitpun melunturkan semangat Suhaimi meneruskan perniagaan. Disebabkan perniagaan burger dimonopoli pemuda Melayu, Suhaimi menyimpan tekad untuk menjadikan orang ramai lebih menghormati perniagaan ini melalui perniagaan sistematik.

“Saya percaya perniagaan ini boleh berkembang kerana burger dikenali di seluruh dunia dan dimakan tidak kira waktu. Sebab itu saya ambil peluang menjadikannya perniagaan francais,” katanya.

Otai atau singkatan bagi Organisasi Tempat Ambil Ilmu adalah perniagaan francais burger pertama di Malaysia. Dalam tempoh setahun sembilan menjadi francaisor, Otai berjaya melahirkan hampir 80 francaisi dan 15 daripada mereka adalah siswazah.

“Kini ada lebih 400 permohonan masih diproses dalam tempoh lima bulan dan ini menunjukkan perniagaan francais mula diterima oleh orang Melayu,” katanya.


Menurutnya, bagi mengukuhkan perniagaan itu Otai mensasar menjalankan usaha sama dengan kilang pembekal burger pada penghujung 2009.

Katanya, pada awal perniagaan, tiada kemudahan pinjaman untuk Bumiputera yang menjalankan perniagaan burger. Berikutan itu Suhaimi berusaha menjadi francaisor dan kini kemudahan untuk membuka francais perniagaan itu ditawarkan.

Katanya, pada 2007 Majlis Amanah Rakyat (Mara) mula memberi pinjaman RM100,000 untuk Otai mengembangkan perniagaan. Perniagaan ini mendapat pengiktirafan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD).

“Sebenarnya 15 tahun membangunkan perniagaan ini adalah perjalanan yang sangat panjang dan memenatkan. Orang pelik bagaimana penjual burger boleh ada di tahap ini. Saya ingin menyedarkan orang Melayu mengenai benarnya pepatah ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

“Ibarat menanam sebiji benih dalam tanah, kalau kita berani tanam hasrat dan cita-cita apa kita hendak jadi, melalui doa dan usaha, insya-Allah, kita akan mencapainya. Kalau Otai boleh berjaya dengan burger, tidak mustahil usahawan lain tidak boleh bangun seperti kami.

“Ketika usia 19 tahun saya bertanya diri sendiri mengapa orang Melayu gagal dalam perniagaan, tetapi pada usia 27 tahun baru saya temui jawapannya. Kita kena ada ilmu, kena belajar dan ada sifu, baru boleh berniaga,” katanya.

Anak sulung 10 beradik itu berkata, sewaktu kecil bapanya, Abas Bakar, 63, sering berpesan kepadanya supaya menjaga adiknya dan sepupu.

“Bapa sering mengingatkan saya supaya bersedia, jika dia tak ada, saya boleh mengambil alih tanggungjawab membesarkan adik. Dia garang dan tegas. Jika kami melakukan kesalahan, dia belasah menggunakan tali pinggang dan ada adik yang curi duit waktu kecil, diikat pada pokok dan diletak kerengga pada badannya sebagai hukuman,” katanya.

Suhaimi berkata, beliau berterima kasih kerana didikan ibu bapanya menjadikan beliau kuat semangat menghadapi cabaran dalam perniagaan.

“Saya hidup semata-mata mahu membahagiakan hati ibu bapa saya. Itulah syurga manusia,” katanya.

Ibunya, Hamidah Said, 53, meninggal dunia pada 12 Oktober lalu selepas tiga minggu menghidap angin ahmar.



3.      Penganugerahan
Pada 23 Disember 2011, PERMATA UM dengan kerjasama Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur telah menganjurkan Penganugerahan Usahawan Muda Malaysia bertempat di Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya

Bagi kategori Anugerah Usahawan Muda Malaysia diterima oleh;
1. Mohd Kamaruzaman Che Hussain (Al Jabbar Group)
2. Millionaire Sisters - Akmar dan Elynn (Amazing Millionaire Sisters Group)
3. Suhaimi Abas (Syarikat Otai Franchise Sdn Bhd)
4. Datin Nor Zaini Ghani (Aura Seri)

4.      Otai Franchise SDN BHD

Otai yang membawa maksud 'Organisasi Tempat Ambil Ilmu'. Nama tersebut juga dia diaplikasikan dari pengalaman dan kegagalan yang lalu. Cetusan idea ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan muda dan memastikan mereka dapat belajar kaedah dan teknik yang betul tentang perniagaan burger yang telah terbukti keberkesanannya.


5.      Otai Franchise Sdn Bhd menyediakan : -

v  Pusat latihan perusahaan OTAI
v  Membuat dan membekal kiosk serta peralatan memasak burger
v  Membekal dan mengedar barangan burger
v  Menguruskan lokasi serta lessen perniagaan burger
v  Pengurusan modal perniagaan (MARA, TEKUN, PNS, PUNB, SME BANK)
v  Kawalan mutu dan servis berterusan
6.      Kelebihan Syarikat OTAI berbanding lain : -
v  Modal francais makanan yang terendah diantara francais-francais di Malaysia
v  Jenama yang terus unggul dan telah berada di pasaran melebihi 150 lokasi kiosk semi statik yang sedia ada.
v  Sokongan pelanggan yang berterusan.
v  Aliran tunai yang mudah dan 100% menguntungkan.
v  Mempunyai resipi yang tersendiri di dalam setiap kandungan produk OTAi.
v  Francais makanan segera yang berpotensi tanpa dipengaruhi oleh masalah ekonomi global.

7.      Sokongan Otai Franchise SDN BHD sebagai pemberi francais : -

A) Sebelum Operasi
·                     Kelulusan pemilihan lokasi perniagaan.
·                     Latihan dan sokongan sebelum membuka perniagaan.
·                     Membantu pemegang francais pada permulaan membuka perniagaan.
B) Semasa Operasi
·                     Memberi khidmat nasihat yang berterusan.
·                     Lawatan berkala dalam tempoh francais.
·                     Menjalankan aktiviti iklan dan promosi menggunakan jenama OTAi seperti yang tertera dalam perjanjian.
·                     Membekalkan keseluruhan barang keperluan francais.
·                     Latihan yang berterusan.
·                     Perjumpaan bulanan bersama francaisi-francaisi 'OTAi' yang lain.

8.      10 Prinsip OTAi Franchise SDN BHD

v  Minat
v  Dislpin
v  Tanggungjawab
v  Amanah
v  Servis
v  Kualiti
v  Ilmu dan sistem
v  Produk dan bahan mentah
v  Lokasi dan lessen
v  Sumber Modal





9.      Senarai Pakej yang ditawarakan OTAi Franchise SDN BHD

v  Classic - RM 20, 000.00 (RM 550.00/bulan)

v  Bronze - RM 40, 000.00 (RM 1,100.00/bulan)

v  Silver - RM 60, 000.00 (RM 1,650.00/bulan)

v  Gold - RM 80, 000.00 (RM 2,200.00/bulan)

v  Platinum - RM 100, 000.00 (RM 2,750.00/bulan)


OTAi Burger di Youtube.




Temubual bersama Suhaimi Abas : 

Suhaimi Abas 1


Suhaimi Abas 2


Suhami Abas 3


Suhaimi Abas 4

Suhaimi Abas 5


Tagged
Different Themes
Written by Templateify

Aenean quis feugiat elit. Quisque ultricies sollicitudin ante ut venenatis. Nulla dapibus placerat faucibus. Aenean quis leo non neque ultrices scelerisque. Nullam nec vulputate velit. Etiam fermentum turpis at magna tristique interdum.

This is the most recent post.
Older Post

0 comments